SI BULAT SHUMAILA

Wednesday, October 29, 2014
Dah besar baby Shumaila ni.. pejam celik, 3 bulan usianya.  Overall dia jenis ok.. takde la perangai sangat.  Macam Kakak²nya jugak, sebelah siang dia tido sepanjang pagi till 12.00 noon camtu, then start mintak main & dilayan sampai petang.  Malam pula by 9.30-10.00pm time tidonya.  

Walaupun Mama & Baba katogeri Batman & Batgirl yang suka berjaga malam, anak² takde buat hal time memalam.  Masa nak masuk sebulan haritu adalah Shumaila buat hal menjelang tengah malam, mujurlah seminggu je Mama jadi burung hantu.. Lepas Mama jumpa 'kelemahan' dia.. problem solved.  

Cuma yang Mama tak boleh nak atasi, rutin dia yang nak berdukung menjelang tengahari.  Biasanya by 12.00noon sampailah Babanya balik, langsung tak boleh tinggal... Ada je yang tak kena.  Kejap nak menyusu, nak berayun, nak berdukung... Hadoii... tiap² hari memang itu rutinnya.  Mama pun tak tau cane nak atasi part tu.  Hopefully by the time umurnya meningkat, habit nya tu slowly hilang lah.  

Apa pun, kami sekeluarga so excited dengan kehadiran seorang lagi ahli baru dalam keluarga... the more the merrier gitu!  Kakak² memang sayang sangat² baby diorang ni.  Pantang betul dengar baby nangis, semua sibuk nak pujuk or menjerit panggil Mama.  Kalau Mama ugut nak bagi kat orang ke, pakat meraung² begging Mama jangan bagi baby kat orang.. hehehe...  

Dalam tak banyak ragam, masa Mama tetap menjadi terhad.  Ye la.. Masa dengan baby aje dah banyak, then masa dengan Kakak² yang lain lagi.  Si Misha pon baru aje 2 1/2 tahun, nampak je very independent, tapi dia still nak attention... Kang dia start buat perangai, Mama jugak yang stress!! Sekarang ni FB ke apa ke,  dah lama tak dikhatam, blog ni pun susah sangat Mama nak update.  Memang housework Mama berganda² banyaknya sekarang.. Walaupun letih, tapi seronok bila tengok anak² membesar depan mata... Ini bukanlah entry merungut.. entry sekadar bebelan & penjelasan kenapa blog ni makin sunyi sekarang.. ;P




2 comments:

{ Aisy Nasiha } at: October 29, 2014 at 9:55 AM said...

berat berapa tu baby? haha.. time comel2 ni sedap tengok.. nazif masa kecil bulat juga, dah setahun sampai sekarang , dua tahun ni berat sama je, tak naik2 ...(9-10kg), naik risau juga

{ Kina } at: December 19, 2014 at 3:21 AM said...

Skrg ni dah 7kg Aisy.. memang membesar bagai johan ni. Tapi bimbang juga bila besar main menyusut macam kakak²nya.. Aisy pun alami perkara yang sama ye??

Post a Comment