SG LEMBING & HORIZON KUANTAN

Wednesday, October 8, 2014
First time saya balik Jengka sempena Raya Korban.  Biasanya kami beraya & jalani ibadah korban di Hulu Langat aje.. Bapa Mertua memang akan tempah lembu dari farm di sana & pagi raya kami berpiknik di situ sampailah siap proses melapah & mengagih daging.  Tahun ni kami balik ke Jengka coz both in laws ke Mekah.  Bolehlah anak² saya beraya selepas 'beraya' di HUKM di pagi Raya Aidilfitri lalu.. :) 

Kali ni tak de la nak bercerita kisah raya pun.  Memang ala kadar aje.. yang kelakar tu, sebiji kuih raya pun tak de yang buat sendiri.  Serious.. saya tak tau pun nak raya weekend lepas, jadi saya langsung tak prepare bahan utk cookies or apa².  Masa dah nak balik baru le tau saya kena packing baju raya... Aduhh. terlepas peluang menerai resepi cookies.. hehehe..

Isshh.. melalut lagi.. senang betul keluar topik... Padahal nak bagitau saya balik Jengka je pon masa Raya Korban baru ni then nak sambung kisah BBQ family & Birthday Tiha di Pantai Tanjung Sepat pada 13 September lepas.  Esoknya tu saya & family mengikuti Adik membawa kami jalan² di sekitar sana.  Adik cadangkan kami ke Sungai Lembing.  Ada apa di Sungai Lembing ni?  Entah.. saya pun tak tahu sebab tak pernah sampai..  Jom kita lihat aktiviti kami di sana.

Sedang menunggu giliran... Kami ada tourist guide yang berasal dari sana (rakan Guru sama sekolah dengan Adik)... 

Muka excited  coz dapat naik keretapi... 


Haa... inilah sebabnya kami ke sini.  Pernah dengar tak Lombong Bijih Besi di Sungai Lembing.  Lombong ni dikatakan terbesar di dunia (jarak terowongnya adalah bersamaan jarak KL ke Kuantan tau!).  Terdapat 24 lapisan terowong di sini (lapisan bawah sudahpun digenangi air).. Namun pengunjung hanya dibenarkan memasuki terowong paling atas atas faktor keselamatan & keselesaan...

Sekejap je kita berkeretapi... kemudian silalah berjalan... Jom turun!

Semua tengah kejakunan.. masa ni tengah dok belek staglatait yang menitiskan air.. Cuma baby je tak excited.. ketiduran aje kejenya...



Peace Yo!!!

Laluan angin... tanpa laluan angin ni, keadaan dalam lombong teramat panas.  Hanya terowong di bahagian paling atas ada lubang angin ni.. that's y sejuk macam ber Aircond aje.. 

Inilah Lubang Sejuta.. ada kisahnya yang tersendiri mengenai lubang ni.  Sepanjang terowong ada diletakkan info & sejarah tentang lombong ni.. so kena pergi sana lah kalau nak tau kisahnya ye.. :P



Dah habis berjalan.. jomlah kita keluar.  Frankly takde lah apa sangat dalam ni, tapi experience & exposure for the kids yang penting.  Tiha ni jenis excited bila bawak ke tempat² macam ni.  Memang banyakla soklannya... Jadi Mama tunjuk aje ke Info Board.. "Haaaa.. baca"... hahahaha...


Rupa penuh keretapi yang kami naik tadi...
Lepas habis berjalan di terowong... hujan turun dengan teramat lebat.  Hampir terbantut hasrat kami nak bawa anak² bermain di Sungai Lembing.  Ni first time budak² merasa main air sungai... exposure lagi...
Rupa sungai.. saya tak ikut turun kerana tiada ruang untuk melepak.  Susah la saya nak melepak dengan Shumaila nanti.  Jadi saya tunggu di kereta aje...
Jom kita tengok aksi budak² main sungai....




Dah jenuh main sungai... kami mengisi perut pula.  Makan Mee Jawa yang famous di Sungai Lembing.  Sorry.. takde gambarnya.. dah lapar sangat.. terus ngap aje.. 

Dari Sungai Lembing kami bergerak ke Kuantan semula.  Adik ajak kami ke ladang kuda.. Jenuh juga mencari sampai sesat².. Tapi memang takde rezeki kot.. Hanya ada seekor kuda (pony) yang super cute yang dok bermain & berlari sana-sini aje.  Puas kami panggil sbb nak snap gambar.. tapi kuda tu sibuk menunjuk skill berlari keliling kandang.. geram je saya tengok.  Cute beb!

Kat sini banyak gila rabbit & bersaiz besar serta berbulu tebal.  

Ada ayam, burung & chameleon... 

Since takde gambar menarik nak snap.. Meh kita layan gambar mushrooms ni.. :P
Hampa kerana tujuan kami terbantut... Adik mengajak kami ke Muara Sungai pula.. Ni kawasa yang sama dengan tempat BBQ kami semalam.. cuma kena lajak jauh ke depan.

Dari dalam kereta kami nampak sesuatu di atas tanah.. Bukan main banyak & bergerak².  Saya minta suami ambil gambar coz kalau didekati pasti 'benda' ni lari... Ohh.. anak² ketam rupanya!  Ni pun sebahagiannya dah melarikan diri bila Suami datang...

Sempat juga melihat aksi pemain paramotor (saya pernah berminat menyertai aktiviti ni suatu ketika dulu)...

Ketam...


Habis ketam lari bila budak² super duper bising ni nak menziarah... hehehe..

Dah penat merayap, menjelang Maghrib kami kembali ke rumah Adik.  Kami pun terus packing barang coz malam ni dah nak gerak ke Jengka pula.  Sebelum berangkat, Adik ajak dinner dulu.  Ohh.. nak belanja kami makan besar ye.  Restoran Horizon Kuantan menjadi pilihan Adik.  Suasananya amat menyenangkan serta layanan yang terbaikkk.. Dah ala² fine dining ni.. hehehe.. Tima kasih Mat & Not sebab belanja ye... Best betul tempat ni.. Memang sesuai untuk keluarga.





Kat atas tu muka² tengah menunggu makanan... Since keadaan dalam restoran selesa, so budak² ni kemain seronok.  Tu la sebabnya saya kurang suka tempat serabut, kang anak² pun start buat serabut sekali.. :) 

Banyak juga pilihan makanan.  Makanan di sini bertemakan Chinese Muslim... Kita boleh pilih set yang disediakan.  Cthnya kami memilih set untuk 7-8 orang makan, RM177.  Dalam set ni termasuk Chines tea & fruits..Lauknya pula up to 6 jenis

Ini lauk pilihan kami - Seaweed & egg soup(dalam ni ada udang, sotong seaweed etc), Lemon Chicken, Siakap Tiga Rasa, Butter Prawn, Ginger Beef & sayur campur.  Adik minta juga 1 jug air Laici coz tak semuanya minm Chines Tea yang pastinya tidak bergula itu... 

Ehh.. tunggu apa lagi.. Jom makan!!!  Semua makanan menepati citarasa kami.. Bagi saya berbaloi dari segi rasa & servisnya.  
Lepas makan dengan lahapnya.. (eerrkk.. ini pun mau story ka?)... Bersalam² salaman dan sebagainya.. Kami pun bergerak ke Jengka.  Sepanjang jalan semuanya tertido kekenyangan kecuali Mama & Baba..... The end.

0 comments:

Post a Comment