BROWNIE

Wednesday, October 22, 2014
Dinner baru² ni saya menjala selepas tengok ada stok kari daging dalam freezer.  Saya saja testing buat roti jala guna botol sos (bermuncung tirus).  Tapi agak sukar nak picit elok² sbb lubangnya agak besar (asalnya saya simpan mayonis, jadi saya potong besar).  Yang bagusnya, takde la menitik saya sini macam guna acuan roti jala.  Kalau guna acuan roti jala, everytime nak menjala kena top up... Sayang jugak nak beli acuan jenis botol berlubang tiga tu sbb nanti yang lama tu memang takkan terguna lah.. 

Kemain 'kasar' jalanya coz batter saya agak cair (main humban dlm blender tanpa bersukat) jadi saya gapkan besar sikit supaya tak bertindih.  
Saja je share pasal roti jala ni.. mana la tau boleh bagi idea kat sapa² yang takde acuan tapi masih boleh menjala.

Sebelum dinner semalam, terasa pula nak makan brownie.  Saya tak pernah lagi buat brownie walaupun tahu mudah nak membuatnya.  Mungkin inilah masanya saya try buat brownie pulak.  Saya ternampak resepi ni dari blog Kak Elly ...

Resepinya :

Bahan2 (saya copypaste dr Kak Elly)

3/4 cup Flour (Kak Elly guna raising flour) - Saya guna tepung gandum biasa
1/4 Cocoa powder
1 Cup Chocolate Chip
3/4 Cup Butter (170gm atau potong 4 bahagian butter, ambil 3 bahagian)
1 Cup Sugar (saya kurangkan 3/4 cawan)
3 Eggs

Cara² :

Gunakan teknik double boiler/microwave untuk cairkan butter, kemudian masukkan chocolate chip. Kacau² sampai cair.

Dah cair, turunkan dari api kemudian masukkan gula, kacau² lagi sampai sebati.

Masukkan telur, kacau lagi sampai sebati dan diakhiri dengan tepung & serbuk koko.

* Saya tambah 1/2 sudu baking powder.. Jika anda sukakn tekstur yang cakey, tak perlu tambah baking powder.  (Lepas banyak kali buat, sekarang saya lagi prefer tak letak baking powder)

Dah siap batter nya.  Bekasnya saya passkan ke Laieqa untuk dijilat.. :)

Bakar pada 170c pada suhu 25-30 minit (ikut kepanasan oven), saya tambah sikit masa.

Sekejap aje dah siap!  Memang tak remeh nak buat brownie, kalau sapa² yang tak confident nak membaking or malas nak keluarkan mixer semua tu, bolehlah mula kan dengan buat brownie dulu... :)
Elok habis dinner, brownie pun siap... Laju je saya potong time panas².. Yeaahhh... Jom makan!!!


2 comments:

{ Shamsiah Abdul Rahman } at: October 22, 2014 at 4:43 PM said...

K.Sham ni jarang mkn yg manis2.. tp tetiba la pulak mcm nak kena cari brownie lps ni..

{ Kina } at: December 19, 2014 at 3:23 AM said...

Bagus tu Kak Sham.. Saya ni dah makin ketagih nak makan yang manis.. Bimbang juga boleh jadi kencing manis nanti² ni...

Post a Comment