Whole Wheat Pizza

Wednesday, October 31, 2012
Dalam dok blogwalking/surfing, banyak gila resepi pizza yg ada.  Nak try satu-satu memangle tak terbuat.  Jadi saya pilih mana yang saya berkenan aje.  Kali ni saya try doh dari Martha Stewart.  Resepi nenek saleh ni boleh diharap jugak.  Saya mmg byk sangat simpan resepi dari situ, tapi nak buatnya je tak banyak masa.. ahaks. Lagipun saya nak try rasa pizza yg betul-betul ala Itali sbb doh pizza they all simple aje, cukup sekadar air, yis, tepung, gula, garam & olive oil.

Pizza ni namanya aje wholemeal, tapi kalau tak nak guna tepung wholemeal, boleh aje ganti dgn tepung roti (high protein).  Kira jadi doh biasa aje lah.  Frankly sedap & senang nak buat doh ni tau.  Pastinya ini akan jadi pilihan saya lepas-lepas ni.  Jom kita belek resepi

Ingredients

  • 1 1/2 cups warm (115 degrees) water
  • 2 packets (1/4 ounce each) active dry yeast (sepaket yeast kat sana 7 grams tau, kita punya tu 11 grams.  If nak guna sudu lebih kurang 1 1/2 tablespoons)
  • 1/4 cup olive oil, plus more for bowl
  • 2 tablespoons sugar
  • 2 teaspoons coarse salt
  • 2 cups all-purpose flour (spooned and leveled), plus more for kneading
  • 2 cups whole-wheat flour (spooned and leveled)

Directions

  1. Place water in a large bowl; sprinkle with yeast. Let stand until foamy, about 5 minutes. Brush another large bowl with oil.
  2. In bowl with yeast, whisk sugar, oil, and salt. Stir in flours with a wooden spoon until a sticky dough forms. Transfer to oiled bowl; brush top of dough with oil. Cover bowl with plastic wrap; let stand in a warm spot until dough has doubled in size, about 1 hour.
  3. Turn dough out onto a well-floured surface. With floured hands, knead until smooth, about 15 seconds; divide into two balls.
  4. Set balls on a plate (they should not touch); freeze until firm, about 1 hour. Then freeze in a freezer bag up to 3 months. Thaw overnight in refrigerator. (if tak nak bekukan, skip no. 4 ni)
  5. Divide each ball of dough into 4 pieces. Using your hands, stretch each piece into a 5-inch disk (if dough becomes too elastic to work with, let it rest a few minutes). (saya divide each dough to 2 pieces aje, lagi sebelah saya bekukan)

Cook's Note

Form the shells before freezing, and skip thawing before using. Pull out just what you need for tonight's dinner; bake as directed.

Saya campurkan air suam dengan yis & biarkan sampai berbuih-buih & masukkan bahan-bahan lain.  Pastinya tepung yang terakhir sekali

Doh ni agak melekit & lembik, jadi saya gaul dgn spatula aje.  Kemudian transfer doh ke dalam bekas yg telah disapu minyak.  Kemudian terbalikkan doh, supaya minyak tersapu ke dua-dua belah

Doh tu saya simpan dalam peti, bila dah nak masak, saya keluarkan.  Make sure doh ditutup dgn wrapping cling ye.  Ni dah cantik naiknya.. bolehlah dibentuk 
Saya lupa lah nak ambik gambar masa membentuk pizza. Tapi senang aje, keluarkan doh & letak di atas permukaan bertepung. Tekan-tekan doh menjadi leper dan bulat & potong 4. Bulat-bulatkan & tekan di atas dulang pizza. Saya tekan-tekan guna tangan aje sbb doh ni lembut & senang bekerjasama.. hehehe. Then bolehlah dihias
Tengah menghias pizza tuna, bahannya - tuna, cendawan, crabstik, sosej,  lada benggala, nanas & ditutupi dengan cheese.  Saya picitkan juga mayonis utk dapatkan rasa manis sedikit.  Saya suka campurkan 3 jenis cheese (mozarella, cheddar & parmesan)

Pizza ni pula saya serahkan kepada Tiha & Ieqa.  Terpulang la korang nak letak apa, janji korang makan sampai habis!!!  Tiha tukang potong & Ieqa tukang tabur.  Sosnya saya guna Prego Spagheti yg tradisonal tu.  
Lepas pizza dah siap di tatarias, bolehla dibakar. Patutnya doh tu perlu direhatkan dulu sebelum dibakar. Tapi saya bakar terus aje sbb nak meletak topping pun kemain slow sbb ada dua chef kecik yang menolong. Jadi cukuplah naiknya tu. Saya bakar 200c selama 25 minit.
Ni Pizza Tiha & Ieqa.  Bahan pilihan budak-budak ni - sosej, crabstik, mushroom (dorang letak sampai tepu..aiseehh) then tabur dengan 3 jenis cheese jugak.  Oh ye, Tiha request tambah sos Blackpepper, jadi saya picitkan sekali kat atas tu
Dah siap, semua orang tak sabar merasa. Oohh.. sedapnyaaa!!! Bahan-bahannya simple aje, tapi rasanya setanding dengan yang beli tu (lagi sedap kot). Kalau tak salah saya doh pizza ni pun diajar oleh pemilik sebuah restoran yang daabboomm kat New York. Nak makan kat restoran tu, sampai kena q sakan tau. Pastinya pemilik ni berasal dari Itali la kan (tempat berasalnya pizza, pasta & seumpamanya). Berbekalkan resepi piza ni aje boleh jadi kaya-raya kat US.   

0 comments:

Post a Comment